::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

21 February 2012

Efek Tidur Siang

Tak payah lah korang nak tipu. Student memang kebanyakannya memang suka tidur siang. Kalau korang nak tau, tidur siang nih memang banyak efek yang tak bagusnya. Tambah tambah lagi kalau yang jenis suka tidur petang membawa ke Maghrib. Hah, memang tak boleh nak kata apa.




Biasalah tu kan, yang membuatkan tidur siang ni bukannya apa. Malam tidur pukul 3-4 pagi, lepas tu bangun awal sebab ada kelas pagi. Balik kelas, lepas makan apalagi memang seronok lah kalau dah berbaring atas tilam tu.


Efek - efek yang agak ketara :
  1. Bangun je dari tidur, automatic badan korang akan rasa lemah dan lesu. Betul tak? Pening pening sikit tak tau nak buat apa.
  2. Sakit kepala. Ini memang salah satu efek yang tersangat lah menyakitkan. Dulu pernah aku terbangun dari tidur siang, kepala terasa berdenyut denyut je. Macam ada benda je bergerak dalam otak tu. 
  3. Badan kurang produktif. Mana taknya, lepas korang tidur siang, lepas tu bedal 3 - 4 jam sampai ke petang memang badan jadi lesu. Nak buat kerja jadi malas. Kan?



Bukannya tak elok tidur siang nih, tapi ikut apa yang Nabi buat barulah jadi elok. Tidur sekejap dalam 10minit sebelum Zohor kalau tak silap aku. Pernah aku try dulu, masa zaman sekolah sekali. Lepas habis waktu sekolah, sebelum masuk Zohor tu, aku baring sekejap. Tak lama pun, dalam 10 minit macam tu, terus segar sampai ke petang. 


Nasib baik lah habit tidur siang nih aku dah buang. Kalau dulu, pantang ada peluang terus aku tidur. Biasalah kan, gap antara kelas tu. Hehehe


Kalau yang tidur dari petang sampai Isya' tu, memang aku tak boleh nak tolong lah. Itu lagi lah tak elok. Buang buangkanlah habit tu. Aku tak tipu dulu pun aku pernah jugak macam tu. Penat bekerja, petang tu tidur terus pulun sampai malam. Efek dia kepala jadi bengong, lost time terus. Bangun bangun tak ingat hari apa, tak ingat pukul berapa, waktu tu Maghrib ke Subuh pun aku lost. Ish ish ish.. 

0 Comment: