Nak dijadikan cerita lah kan, tengah aku bukak Nuffnang tadi, saja lah aku jalan - jalan sikit dekat situ. Tengok tengok apa yang patut.
Tiba-tiba nak dijadikan cerita aku pun tengok bahagian keyword search yang buat diorang boleh sampai ke blog aku. Terkejut den!
Kalau yang pasal nescafe dengan milo tu, takpelah jugak. Memang ada entry pasal benda alah tu aku buat dulu. Tapi yang menghairankan aku lagi membuatkannya jadi amazing adalah kerana keyword
"Macam mana nak hilangkan kesan dadah"
Bro-bro semua, gua langsung tak jual dadah ke ada bagitau cara-cara nak hilangkan dadah. Kalau ada, konpem-konpem lah polis dah jejak gua. Ini seriusss~
Kalau nak tau cara-cara hilangkan benda-benda macam tuh, boleh search tempat lain. Blog ni memang tak ada langsung cerita pasal tu.
Satu lagi yang menjadi lawaknya bagi aku, keyword pelajar angkat tangan. Aku tak pasti entri mana yang berkait dengan keyword tu. Tapi yang menjadi persoalan sekarang...
korang search
"pelajar angkat tangan"
untuk cari apa sebenarnya??
3 Comment:
wakakakaka~put ur hand up student!!!
wei...mane ko punye intensedebate niehhh.... hahaha
@Valenvenge
hahaha tau takpe, aneh2 je search.
@eddy
tak pakai dah eddy. Pakai yang biasa pulak. ada yang complain leceh nak comment. hehe
Post a Comment