::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

29 February 2012

Wordless Wednesday


26 February 2012

Berbasikal Bersama Fixie

Basikal Fixie seperti mana korang tau pernah meletup oleh kerana kefamousan beliau yang cukup memuncak suatu ketika dahulu. Disebabkan itu jugak lah, akhirnya aku telah mendapatkan sebiji itu aku. Berbekalkan wang belanja yang dikirim, aku terpaksa potong bahagian-bahagian perbelanjaan yang tak perlu, untuk aku gunakan bagi membeli sebuah basikal fixie berwarna merah putih.

Untuk aku, basikal ni aku lebih prefer untuk gunakan ke arah exercise berbanding dengan untuk hias beliau dengan kaler-kaler atau barang perhiasan yang aneh aneh. Maksud aku, aku lebih suka gunakan basikal fixie aku untuk ber-cycling petang petang sampai banjir berpeluh peluh. Salah satu aim aku sekarang adalah nak kayuh long-distance. Mungkin ke kuantan atau pun sebagainya. Sekarang aku kena train stamina aku dan kekuatan kaki aku dulu. Takpe, pelan pelan kayuh nanti lama lama boleh lah tu.

"Takpe, nanti kita try buat jauh sikit" Agib memberi semangat kepada aku.


Kalau korang nak tau, Agib dengan member member dia memang selalu buat long distance cycling. So, kira dia ni boleh kata sifu aku jugak lah. Ajar aku cara cara nak pecut dan macam macam lagi.

Kalau sekarang ni, baru 8km dah nak termuntah dah aku. Hahaha
Orait, chow dulu. Nak tengok Le Tour De Langkawi kejap. Malaysia dah buat break-away dah ni. Go Malaysia!

25 February 2012

Sayur dan Aku

Sayur. Satu perkataan yang cukup berbisa buat aku sewaktu aku kecil dahulu. Biarpun secebis sayur terselit di sebalik makanan, bagi aku ia umpama pemusnah selera. Kalau tersuap, boleh termuntah aku. Sampaikan, masa kecik dulu, aku berharap sangat sayur ni tak wujud dekat dunia ni. Tertanya-tanya aku akan kewujudan sayur. Kenapa sayur kena ada? Ayam dah sedap apa.

Itulah level ke-anti-an aku terhadap musuh aku ni dahulu.


Aku rasa ramai di antara kita semua pernah merasa perkara yang sama. Habis segala teknik dah mak aku gunakan untuk aku makan sayur. Baik dari cerita pasal khasiat, baik cerita tipu yang kononnya kalau makan sayur hantu takut nak datang dekat kita, baik cerita  sayur boleh buat kita tinggi semuanya aku tolak mentah-mentah. Biasa dah, jenis kanak-kanak yang memang dah mental block dengan sayur-sayuran memang macam ni. Cakap apa pun memang tak masuk.


Tapi nak cerita dekat korang, ada sejenis sayur yang tersangat aku anti masa kecik kecik dulu. Taugeh. Bentuk beliau yang tiada daya penarik beserta kalernya yang putih dan tidak bercorak membuatkan aku semakin anti dan was was dengan rasa beliau. Punyalah anti dengan taugeh ni sampai umur aku 16 tahun yakni sehingga aku tingkatan 4 aku tak sentuh langsung dengan taugeh nih.

Sehinggalah..


Di suatu ketika di Dewan Makan sekolah aku, nasi goreng yang terhidang adalah nasi goreng kosong taugeh. Takpe sebutir mahupun secubit ayam boleh dijumpai pun di dalam pinggan nasi goreng. Hanyalah taugeh dan nasi goreng semata-mata.

"Cis, dasar peniaga yang nak jimat budget" desis hati kecil aku.

Nak atau tidak, terpaksa aku harungi. Lapar punya pasal. Sekali suapan singgah ke mulut aku, zaaasss! Rasa yang aku terpaling was was dalam dunia muncul. Pinau kepala aku. Rangup dan pelik. Itu je yang aku ingat. Cukup untuk membuatkan aku mencari kotak hitam bernama tong sampah untuk aku dermakan nasi aku kepadanya.


Dalam tahun yang sama jugaklah, satu peristiwa yang membuka pintu hati aku untuk menerima taugeh berlaku. Sesamar-samar ingatan aku waktu tu di penghujung tahun tersebut. Seperti biasa, di hujung minggu mak aku akan masak bihun goreng simple beliau. Mudah tanpa sayur. Hanya kerana aku. Tiba-tiba mak aku bersuara
"kerana awok la ayoh awok tak merase sayur dalam bihun. Kosong gitu je. Tak dop rasa lasung." kata beliau dengan nada yang agak mengeluh tanpa begitu ketara. Bapak aku tak pernah kata apa, sebab beliau sangatlah cool orangnya. Standard bapak lah kan. Mana ada cakap, diorang jenis simpan dalam je kalau bab bab ni. Hehe

Tapi, oleh kerana dah berumur 16 tahun waktu tu, aku dah boleh tangkap dah, dan waktu tu jugak lah baru aku perasan yang hampir 16 tahun, mak aku memasak dekat rumah, tanpa melibatkan sebarang sayuran dalam masakan beliau yang membabitkan bihun goreng,mee goreng dan segala jenis goreng. Oleh kerana nak melembutkan hati beliau, aku pun menegaskan agar beliau boleh meletakkan sayur dalam bihun tersebut.

"Letok lah sayur dalang mee tu. Orang buleh makan doh sayur leni." respon aku untuk melembutkan hati beliau.


Untuk pengetahuan korang semua, oleh sebab sayur yang dimasak dek makcik di Dewan Makan sekolah adalah tersangat tak sedap, jadi bila terasa sayur yang dimasak bersama air tangan seorang ibu, rasa dia memang lain. Sampai lah sekarang, aku paling suka kalau mak aku masak sayur-sayuran beliau. Memang special beb. Kalau aku ratah je sayur tu, lagi lah dia suka. Tak ada rasa lagi yang boleh lawan air tangan mak sendiri bagi aku. Betapa ruginya aku selama 16 tahun tolak masakan sayur mak aku. Priceless.

"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapak membawa bahagia"
:)

24 February 2012

Motorsikal Idaman dan Kenyataan


Motorsikal Aprilia RSV4 yang dipandu aku laju memotong di selekoh dengan kelajuan yang cukup tinggi memecah kesunyian jalan Genting Sempah. Umpama nyawa dihujung tanduk jika tidak berhati - hati. Jangankan minyak, biarpun seekor anak ayam melintas sudah cukup membuatkan aku tersadai di tepi jalan. Berhati hati itu perkara yang paling perlu aku terapkan setiap masa.



"TOK! Ka tengah buat mende tu?"

Suara si Topeng dengan loghat kuantan beliau jelas kedengaran menyeru nama aku. 

"Cis potong stim betul aku tengah berangan ni." ujar aku di dalam hati.

"Tak buat apa, berangan sekejap" balas aku ringkas.



Bukan apa, aku nih dari kecik dulu lagi memang dah jatuh cinta dengan superbike ni atau dengan bahasa kasarnya motor besar. Mana tidaknya, kalau dulu masa aku kecik dulu tambah tambah time nak balik kampung aku sering nampak brader brader superbike berkonvoi dari bandar KL ke arah pantai timur Malaysia. Dari jenis Naza, BMW, Ducati dan berbagai bagai lagi lah jenis sering aku nampak. Mungkin dari situ terus aku jatuh cinta.


Oleh kerana semasa aku di part 4 dahulu, aku dengan secara ajaibnya telah mendapat 3.00 tepat dalam GPA. Mintak maaf kawan - kawan, aku nih memang bukan jenis yang teramat suka nak mentalaah ilmu sangat. Jadi 3.00 tu memang dah agak ajaib. Mungkin berkat ibu dan ayah yang tak putus - putus berdoa tanpa aku sedari. *Sob sob*


Cukup.

Dek kerana GPA tu bagi ayah aku dah cukup membanggakan, beliau bersetuju untuk menukar motorsikal modenas aku yang dah 4 tahun di pakai dengan motorsikal yang baru. Kebetulan pulak, time tu motorsikal Kawasaki Ninja RR150 baru keluar, maka aku pun cucuk sikit ayah aku memujuk beliau untuk membeli motorsikal tersebut.

"Mahal jugak motor tuh, nanti ayah tanya umi kamu dulu" ayah aku memberi jawapan yang 50-50 kepada aku.

Tak boleh jadi, aku tak boleh patah semangat. Kena tunjuk sikit kita ni betul betul minat motor tu. Jadi malam tu jugak aku pun online sambil google sikit pasal motor tu.

"Ayah, ni lah motor tu." Mengharap ihsan dari orang tua ku. Mungkin dengan melihat gambar dan cara aku tu, lembut sedikit hari beliau. Ayah aku senyum. "Lawa jugak motor tuh"

**

Keesokan paginya, aku mendapat berita yang tersangat lah menceriakan hari aku. Terdengar suara ayah aku 
"Jom, kita pergi kedai motor, tengok motor tu".

Gila, bapak aku dah setuju. Cuba bagitau aku, siapa yang tak tersenyum kan?




Akhirnya, pada bulan Jun 2011 aku berjaya memiliki motorsikal tersebut. Ini adalah first-step aku ke arah memiliki Superbike sendiri nanti.



Kalau korang nak tau, sejak aku pakai motor Ninja nih, bila time parking dekat RNR, kalau ada group Superbike lain, confirm diorang akan hon aku dan angkat tangan. Mestilah aku senyum dan angkat tangan balik. Kalau dulu, masa pakai modenas, takde nya diorang nak pandang. 


22 February 2012

PLKN dan Rokok

"Malam nih lepak tak?" tanya aku pada Topeng.

"Lepak, Megat dah ajak Agib lepak tadi" balas dia bersahaja.

Lepas Isya', kitorang bertiga keluar pergi lepak dekat satu port yang dah tak berapa nak asing lagi bagi kitorang bertiga. Mana taknya, aku, Topeng dengan si Agib duduk bertiga je serumah. Kalau keluar lepak je, memang situ je lah port kitorang bertiga. Dah dekat setahun lebih dah sejak masuk Uitm ni.


Malam tuh, macam biasa. Area kedai makan Pronadz nih tak selalunya ramai. Ikut hari jugak. Kalau esok harinya cuti, ramailah orang. Boleh kata susah jugak nak cari meja. Tapi kalau hari-hari biasa, toksah risau memang banyak mejanya.


Sesampainya dekat sana, kitorang terus cari port table yang luar. Tak boleh duduk dekat dalam kedai. Lemas. Mesti nak table luar punya baru ada feel lepak tu. Tapi hari ni, tak payah cari. Sebab dah nampak batang hidung si Megat duduk sorang dekat table sambil ditangan terselit rokok Premium.


Sembang punya sembang, macam macam topik keluar. Dari topik mencari rumah sewa sampai lah membawa ke topik rokok. Tak kisahlah cerita apa pun yang penting table tuh tak senyap. Agak pelik jugak table lepak yang senyap nih. Baik aku duduk rumah main internet lagi puas. Haha Dalam sembang punya sembang tu, ada sorang yang bukak topik pasal menembak. Time ni aku terus teringat zaman aku PLKN dulu sebab masa Plkn dulu pun ada jugak aktiviti menembak. Bagi korang yang pernah pergi Plkn dulu, aku rasa korang pun merasa menembak guna M-16 dulu. Fuh, dah macam tentera aku rasa masa tu.


Kalau korang nak tau, masa Plkn dulu, kem aku agak jauh lokasinya dengan pekan apatah lagi bandaraya. Jadi, supply rokok dekat kem tu agak terhad. Kalau nak beli rokok tu terpaksa redah hutan simpan yang agak luas baru lah boleh tembus pergi beli rokok. Yang tukang beli rokok bukan calang calang orangnya. Mesti unik.


Bai. Itulah nama sorang member aku nih yakni juga seorang pembeli rokok yang berwibawa. Oleh kerana kulit beliau yang agak kurang cerah, jadi tugas nih amatlah sesuai buat beliau yang akan bergerak pada waktu malam untuk tugas getir beliau.


"Bai, beli 2 katon".

Peringatan sebelum beliau keluar secara haram dari kem tu. Tiada masa yang diberi. Janji pulang dengan selamat. Selalunya, Bai akan pilih member dia untuk follow sekali masuk hutan. Mana taknya kadang kadang boleh je terjumpa harimau dalam hutan tu. Ok, aku tipu. Jangan serius sangat.


Macam mana, susah tak nak dapat rokok. Kalau nak beli time sembahyang jumaat tu, tersangatlah susah. Jurulatih dekat kem kitorang nih tak boleh bawak bergurau punya. Dia perhati satu satu gerak geri kitorang. Memang tak boleh nak lari.


Kalau dah ada rokok tu, harga dia pulak tak boleh dah nak main sikit-sikit. Sebatang je boleh cecah 6 ke 7 ringgit. Apalagi, sebatang rokok tuh di cutting dengan 6 orang lah. Sorang sikit je hisap. Sedih jugak lah dekat siapa yang paling last tu. Panasnya puntung tu, dah boleh rebus telur.


Tapi kerana rokok jugak lah aku dapat member - member baru. Jadi dekat situ lah kesan positif dia. Lain lain semua negatif. Hahaha

Rombongan Ke Putrajaya

Hari Sabtu lepas aku punya group KOR buat lawatan pergi Putrajaya. Mana taknya, group KOR aku "Thought of National Leaders". Jadi dengan secara tak langsungnya lawatan kenalah berkaitan dengan nama,so kitorang pun pergi lawatan ke pejabat Perdana Menteri....kot. Aku pun tak ingat mana jugak nama tempat tuh. Aku pergi pun sebab dapat 20% markah assessment. Takkan tak nak pergi lagi kan. Hehehe markah free der.

Pukul 7 pagi dah kena berkumpul tapi biasa lah kan, aku 6.45 pagi baru nak bangun. Mandi pastuh siap-siap nak sembahyang semua, dalam 7.10 baru siap. Seperti biasa lah kan, ada 3 orang lambat. Member aku si Faiz dengan Farid, muka toya datang pergi dekat bas.

Tengah parking kereta pulak, pak guard Uitm pun bersuara

"Dik, tempat tuh mana boleh parking. Tempat tu khas untuk ..*sape tah dia cakap*"

Nak taknak, aku dengan lagi 3 orang, tukar port parking. Terpaksa parking dekat kolej siswa punya parking nuuuun~ jauh dibawah sana. Pagi - pagi dah kena berjalan jauh nak pergi ke depan gate Uitm tempat bas parking.  Nasib baik bas tak jalan.

So, lebih kurang dalam 7.30 jugak lah baru bas bertolak.

****

Lebih kurang 3 jam setengah bas sampai dekat Putrajaya. Tapi yang jadi bestnya, destinasi asal tak jadi pergi atas sebab - sebab tertentu. Jadi next destination terus pergi ke Masjid Putrajaya. Walaupun aku dah pernah pergi, tapi sebelum nih pergi dengan keluarga. So lain lah rasanya kan.

Apalagi, tourist mode* lah aku.


Ada macam Aaron Aziz tak? hahaha



Dah memang macam tourist pulak aku tengok
Tengahari pun bedal aiskrim. Panas gila kat sana




Yang ni macam dah buat gaya kat luar negara dah

Lepas sejam melepak berjalan dekat area situ, kitorang tukar destination pergi Alamanda. Tak pernah pun aku pergi sini sebelum ni. Jauh sangat rumah aku dari KL nak ke Putrajaya kalau semata-mata nak pergi shopping complex Alamanda tu. So, hari tu aku pun explore la Alamanda nih.

Sampai je kat situ, classmate si Farid nih ajak main bowling. "Aku on je" balas aku. Nak jugak tunjuk skill bola spin yang tak berapa spin aku nih. Hasrat aku pun tak menjadi sebab tempat tuh dah fully book sampai 4 petang. Haih.


Tak jadi bowling, kitorang terus serbu Arcade dekat depan tempat bowling tuh. Lama jugak dah aku tak masuk tempat Arcade nih. Gian lain macam rasanya. Aku masuk tempat tuh, tak banyak yang aku aim nak main. Game yang test tumbuk tumbuk tuh dengan Daytona.
Rasanya kaki kaki Arcade mesti tau Daytona punya. Classic game yang tak ditelan zaman. Hehehe


Sebelum main Daytona, aku tukar token 2 ringgit semata-mata nak main game tumbuk tumbuk tu. Aku nampak budak sekolah menengah ada main menatam tu. Bukan main lagi bising. Ada yang dapat markah 65, ada yang 69, ada yang 70. Yang 70 tu memang agak gempak jugak gaya dia.

Lepas 3 round budak budak tuh main, aku dengan member member aku apa lagi, mesti mau tunjuk power jugak. Haha Tapi seram jugak, kot kot dapat sama je markah dengan geng budak-budak tuh. Malu den.


Tumbukan pertama si Farid ambik. Dass! 74 markah. Yang kedua si Faiz ambik. Dass~ 69 markah. Yang terakhir aku bedal. Dasss! 85 markah. Terkemam budak budak tuh. Hahaha *muka riak yang teramat masa tu*
Amek kau. Rasakan. Haha


So, lepas dah puas main menatam tuh, kitorang terus tukar port main Daytona. Dua lap pertama aku leading no.1 dengan bangganya. Tapi tak lama, orang riak ni memang kena  balasan. Aku eksiden dah secara tak sengaja termasuk pit-stop. *WT#!* dan secara automatiknya aku dapat no. last. Terima kasih brader - brader pit stop yang membaiki kereta aku.


Dalam pukul 4 petang, kitorang shoot balik Uitm. Agak kelesuan jugak lah seharian tu. Mana taknya, bangun pagi tapi tidur dekat pukul 4 pagi.

21 February 2012

Pengunjung Blog Yang Unik

Nak dijadikan cerita lah kan, tengah aku bukak Nuffnang tadi, saja lah aku jalan - jalan sikit dekat situ. Tengok tengok apa yang patut.

Tiba-tiba nak dijadikan cerita aku pun tengok bahagian keyword search yang buat diorang boleh sampai ke blog aku. Terkejut den!


Kalau yang pasal nescafe dengan milo tu, takpelah jugak. Memang ada entry pasal benda alah tu aku buat dulu. Tapi yang menghairankan aku lagi membuatkannya jadi amazing adalah kerana keyword 

"Macam mana nak hilangkan kesan dadah"

Bro-bro semua, gua langsung tak jual dadah ke ada bagitau cara-cara nak hilangkan dadah. Kalau ada, konpem-konpem lah polis dah jejak gua. Ini seriusss~ 
Kalau nak tau cara-cara hilangkan benda-benda macam tuh, boleh search tempat lain. Blog ni memang tak ada langsung cerita pasal tu.

Satu lagi yang menjadi lawaknya bagi aku, keyword pelajar angkat tangan. Aku tak pasti entri mana yang berkait dengan keyword tu. Tapi yang menjadi persoalan sekarang...



korang search
"pelajar angkat tangan
untuk cari apa sebenarnya?? 

Fujio. F. Fujiko

Dengar je nama ni, korang mesti kenal. Maksud aku, golongan manusia yang lahir sekitar era 80-an dan awal 90-an. Yang lahir hujung 90-an dengan tahun 2000 mungkin tak kenal kot.

Tak ingat lagi?

Fujio.F.Fujiko ni sebenarnya pelukis bagi kartun Doraemon. Haa dah ingat dah?
Kalau sebut Doraemon mustahil korang tak ingat. Kartun ni adalah antara kartun yang membesar sekali dengan aku seiring dengan Dragonball. Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal Dragonball. Kartun Doraemon nih memang cukup memuaskan hati aku masa aku kecik - kecik dulu. Sekarang memang tak lah kan...


Fujio. F. Fujiko

Beberapa fakta mengenai Fujio. F. Fujiko :

  • Nama sebenar beliau nih adalah Hiroshi Fujimoto(1933 - 1996).
  • Dilahirkan di Takaoka Japan pada 1 December 1933.
  • Meninggal dunia akibat penyakit kanser.
  • Doraemon merupakan karya beliau yang paling terkenal.
  • Sebuah muzium telah dibina khas untuk beliau yang mempamerkan kesemua karya beliau.
  • Sebuah dokumentari telah disiarkan di salah sebuah stesen televisyen di Jepun yang mengisarkan kehidupan beliau sebagai pelukis.

Efek Tidur Siang

Tak payah lah korang nak tipu. Student memang kebanyakannya memang suka tidur siang. Kalau korang nak tau, tidur siang nih memang banyak efek yang tak bagusnya. Tambah tambah lagi kalau yang jenis suka tidur petang membawa ke Maghrib. Hah, memang tak boleh nak kata apa.




Biasalah tu kan, yang membuatkan tidur siang ni bukannya apa. Malam tidur pukul 3-4 pagi, lepas tu bangun awal sebab ada kelas pagi. Balik kelas, lepas makan apalagi memang seronok lah kalau dah berbaring atas tilam tu.


Efek - efek yang agak ketara :
  1. Bangun je dari tidur, automatic badan korang akan rasa lemah dan lesu. Betul tak? Pening pening sikit tak tau nak buat apa.
  2. Sakit kepala. Ini memang salah satu efek yang tersangat lah menyakitkan. Dulu pernah aku terbangun dari tidur siang, kepala terasa berdenyut denyut je. Macam ada benda je bergerak dalam otak tu. 
  3. Badan kurang produktif. Mana taknya, lepas korang tidur siang, lepas tu bedal 3 - 4 jam sampai ke petang memang badan jadi lesu. Nak buat kerja jadi malas. Kan?



Bukannya tak elok tidur siang nih, tapi ikut apa yang Nabi buat barulah jadi elok. Tidur sekejap dalam 10minit sebelum Zohor kalau tak silap aku. Pernah aku try dulu, masa zaman sekolah sekali. Lepas habis waktu sekolah, sebelum masuk Zohor tu, aku baring sekejap. Tak lama pun, dalam 10 minit macam tu, terus segar sampai ke petang. 


Nasib baik lah habit tidur siang nih aku dah buang. Kalau dulu, pantang ada peluang terus aku tidur. Biasalah kan, gap antara kelas tu. Hehehe


Kalau yang tidur dari petang sampai Isya' tu, memang aku tak boleh nak tolong lah. Itu lagi lah tak elok. Buang buangkanlah habit tu. Aku tak tipu dulu pun aku pernah jugak macam tu. Penat bekerja, petang tu tidur terus pulun sampai malam. Efek dia kepala jadi bengong, lost time terus. Bangun bangun tak ingat hari apa, tak ingat pukul berapa, waktu tu Maghrib ke Subuh pun aku lost. Ish ish ish.. 

Broadband Maxis Postpaid

Hahaha untuk makluman semua, oleh kerana niat nak berblogging tuh dah datang kembali, maka semalam aku dengan member rumah aku terus ke cawangan maxis dekat bandar Jengka nih. Sebelum sebelum ni, aku kalau nak update blog, nak kena mengharap cuti sem dulu la baru dapat. Mana taknya, kat rumah je aku boleh main internet. Nak main dekat cc..hmm...



Nak dijadikan cerita, aku pun keluarkan lah modal RM100(untuk permulaan) untuk beli broadband tuh. Bulan bulan bayar dia dalam Rm68. Tak besar pun aku ambik, dalam 3GB je. Mungkin nanti nanti aku upgrade lah kot naik ke 6GB ke macam tuh lah kan.




Cuma yang buat aku agak musykil nih, mampu ke 3GB nih nak menampung beban blogging + blogwalking nih semua? Ada sesape yang dah ada pengalaman berblogging dengan broadband 3GB? Berapa lama boleh tahan sebelum cecah limit tuh?

White Coffee - 3 in 1

Entah kenapa sejak dua menjak nih aku makin suka pulak minum air Nescafe 3-in-1 ni. Walaupun dulu aku pernah buat entry pasal Kesan Buruk Nescafe nih, tapi memang betul lah Nescafe ni membuatkan ketagihan.



Aku nih memang manusia yang kalau pergi lepak minum, air yang aku order tak lain tak bukan memang Nescafe O' Ais. haha aku sendiri pun tak tau apa yang aku sangat dengan air tu. Sampaikan makcik yang ambik order tuh, nampak muka datang kedai je, tak payah order air dah. Angkat tangan, tunjuk satu jari. Maknanya "Nescafe O' Ais satuu!". Hehehe


Sekarang nih pulak, kalau malam-malam hari je aku mesti pekena jugak. Bukan nescafe tau, tapi "White Coffee" yang packet punya. Korang kalau nak yang rasa sedap, kena pandai pilih brand. Ada brand yang famous tapi tak sedap, ada yang tak famous tapi sedaap. Betul-betul pekat. Kalau ada malam yang aku nak buat assignment ke atau study ke, mesti kena ada. Memang hilang mengantuk aku minum white coffee nih.

Pernah jugak try nak buat, tak jadi...hahaha


Kalau boleh test kandungan caffein dalam badan aku nih, nak jugak test. Hari - hari minum risau pulak aku. Mana tau kot - kot berpeluh bau nescafe pulak kan.

Kedatangan Facebook di Malaysia

Kalau tak silap aku lah kan, aku mula pakai Facebook seawal-awalnya kehadiran beliau dekat Malaysia nih. Time tuh tak payah cerita, layout  Facebook teramat lah sakai/buruk. Kalau korang semua nak tau, time tuh wall-to-wall macam tak berapa sangat nampaknya. Bukan macam sekarang. Dulu banyak post video dekat wall orang lah, hantar ice-cream lah, cake lah, medal apa tah dan sebagainya. Bagi korang korang yang pernah join sezaman dengan aku rasanya paham lah kot.

Aku ingat aku join  Facebook, time tu aku rasa dalam August/September 2007. Agak awal la bagi aku. Tapi tak tau lah pulak kan kot-kot ada yang lagi awal dari aku. Apa lah bentuk Facebook sebelum tu lagi. Masa tu orang tak kenal lagi Facebook, sebab Myspace yang penuh dengan glitter2 image bagai tengah pegang lagi. Facebook masa tuh, apa pun tak ada lagi. Aku log-in sekadar nak main game-game yang bersepah - sepah. Naikkan level-level atau pun sebangainya. 

Kalau nak cerita pasal friend-friend aku, semuanya aku tak kenal. Dari mana-mana entah aku pun tak tau. Main pakai add je. Oleh kerana selalu main game, Facebook jadi membosankan. Apalagi, aku lari lah balik pergi dekat Myspace. Boleh tengok siapa yang online. Hahaha 

Sekarang aku dah tak berapa main facebook. Nak tau sebab apa? Sebab aku main Twitter! 
Bukan nak memilih ke hape ke kan, tapi sejak dua menjak nih, layout Facebook main menserabutkan aku. Mana taknya, selalu online Facebook guna Blackberry, sekali pergi CC bukak Facebook.....nah kau. 

*Ternganga*

19 February 2012

Internet Bukan di Hujung Jari Aku

Makin lama aku tengok blog aku, makin bersarang. Tapi, dalam tak bukak ni pun ada follower baru bertambah. Terima kasih banyak banyak lah sebab walaupun aku tak update blog ni, korang tekan juga butang follow tuh.

 Haha aku sebenarnya bukanlah tak nak update, tapi dek kerana aku ni kekurangan sikit dari segi internet, susahlah aku nak online apatah lagi nak meng-update blog. Kalau nak diharapkan BB aku tuh, setakat browsing web yang kecik kecik, bukak facebook atau twitter boleh lah. Nak bukak blog? Hemmm..

"The Page is too large" lah yang keluar nanti. Terus automatic dia closed web page tu.
*Terkebil kebil*

Kalau yang jenis duit melimpah ruah tuh boleh lah kot ambik plan BIS (Blackberry Internet Service) yang unlimited. Dalam RM 90++ kot. Hahah kalau aku lah, baik beli broadband, lagi puas. Baik streaming mahupun browsing, semua ditanggung beress. Hehe

Kali ni pun aku update blog ni pun dekat CC dekat bandar Jengka ni. Asalnya nak buat assignment, tapi alang2 orang kata menunggu dia datang, aku pun bukak blog. Terdetik nak post satu. Ini lah hasilnya.

Harap nanti ada rezeki nak beli broadband sendiri. Baru seronok nak ber-blogging balik. Hwaiting!